Assalamualaikum sahabat...terima kasih singgah..semoga peroleh manfaat bersama ^_^
Pelangi Itu Indah: filem yg dinantikan...

Wednesday 18 May 2011

filem yg dinantikan...

salam...
tetibe rase mlm nih nk buat celoteh tntg kisah yg BERFAEDAH seket...
salu membebel merate kn...
so nk cite tentang 1 filem yg aku nantikan dan opcoz MALAYSIAN pon nantikan...
filem ape kali nie???
NUR KASIH THE MOVIE
okehhh...
jom cite serba seket sinopsis yg telah bjaye diCOPY..
dan telah berjaye di PASTEkan ...

SINOPSIS:-
Penghasilan filem ini bukan sekadar memandang kepada populariti sirinya tetapi ianya untuk memenuhi permintaan 19 juta pengikut siri Nur Kasih untuk menyaksikan kesinambungannya melalui filem. Rata-rata mereka menyatakan tidak mencapai tahap kepuasan maksima dengan episod terakhir siri tersebut. Ianya bagai tergantung dan meninggalkan persoalan yang tidak mampu mereka sudahi. Mereka mahukan lebih lagi. Sekali lagi kerjasama gabungan suami isteri yang telah berjaya mencipta karya indah ini dituntut untuk menyuntik lagi kekuatan cerita kegemaran ramai ini menjadi sebuah filem yang mendedahkan segala-galanya yang tersirat di dalam siri Nur Kasih.
Sekaligus bertindak sebagai penamat cerita, filem Nurkasih terbitan bersama Grand Brilliance, Film Scape Sdn Bhd, dan Juita Viden Sdn Bhd ini masih mengekalkan tiga teraju utama untuk 3 watak penting yang berjaya meninggalkan kesan di hati penonton siri Nur Kasih. Penangan pembawaan watak-watak Adam, Nur Amina dan Aidil oleh Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz benar-benar memberi impak sehingga tercetusnya fenomena Nur Kasih di kalangan peminat siri drama di Malaysia. Pada mereka, kesungguhan dan kecekalan tiga watak ini menghadapi cabaran kehidupan menjadi sumber inspirasi dan tauladan.
Nur Kasih The Movie ini yang turut menjadikan Jordan sebagai lokasi utama penggambaran mengisarkan kehidupan 6 tahun kemudian 3 jiwa yang sentiasa diuji ini. Aidil yang sememangnya seorang lelaki yang tabah kini meneruskan hidupnya bersama dua anak kecilnya tanpa isteri tercinta disisi. Adam yang mula menjumpai jalan lurusnya, berusaha untuk mngekalkan laluannya tanpa menyimpang lagi dan Nur Amina, seorang gadis suci ini semakin kental melalui cabaran hidup sebagai seorang isteri. Ketiga-tiga jiwa ini masih memerlukan antara satu sama lain. Di saat getir seakan mahu memisahkan Adam dan Nur, Aidil setia diantara keduanya walaupun dirinya juga dihimpit kerinduan teramat. Masih adakah sinar bahagia untuk mereka bertiga akhirnya? Inilah perjalanan hidup mereka dalam usaha mereka mendapatkan pencarian sebenar erti kehidupan. Abadi selamanya.
Filem yang juga membawakan tema cinta sejati ini bakal ditayangkan untuk tontonan umum bermula 19 Mei 2011. Rasai satu kesyahduan indah bak bait-bait lirik lagu temanya, Nur Kasih, yang turut dinyanyikan kembali oleh Tiz Zaqiah, Aku kembali kerana masih, mencari yang hakiki, sinar pasti, janji suci yang abadi…’ Filem ini akan membawa anda untuk berfikir sejenak apakah sebenarnya yang sudah anda lakukan sepanjang kehidupan ini, adakah anda menikmatinya atau sekadar membiarkan ia berlalu begitu saja. Yang jelas, setiap apa yang terjadi mempunyai hikmahnya. Hanya mata hati yang ikhlas akan dapat merasakan nikmat ujian yang diturunkan Tuhan..

FOTO NUR KASIH THE MOVIE:-


Tiz Zaqyah as Nur Amina
Tiz n Mia Sara..(mia as a ank nur amina)
Yassin n Tiz..(penyanyi utk OST nur kasih)

haaaa....
agak2 korang...
NUR KASIH THE MOVIE nie akan gempak mcm dramanye x????
haaaa...
jgn judge skang...
dah tengok bru cite okeh...
pasti GEMPAK nih...
da mule merasainye...
ikot pade sinopsis yg di copy 2..
pasti ade yg tertanye2 kn..
-mane bini si AIDIL 2...??
-nape buat kt JORDAN lak kali nie??
-AIDIL nk rampas AMINA dri ADAM ke??
-last2 sape ngn sape???
..taw dahhh...
soklan2 cmnih mesti da muncul dlm kepale otak korang..
aku pon turut merasainye juge...
heeee~
pastu ade membe ckp..
yan...Nur Kasih the muvie buat kt JORDAN ...
ehhh..
kesah plak aku kan..
yg penting die xbuat kt apekename tempat 2..
IRBID???
xmoh2..
irbid 2 mane??
jordan la nyah....
pastu tadikannn...
aku tgok 360 kt TV3..
360 pon dok cerite pasal movie nehhh...
memang sambutan hangat nehhh~
kompem SOLD OUT..
wokeh2...
yg pasti movie nie akan aku tengok...
bile???
dimane???
dgn siapa???
naik ape???
tiket brape???
kerusi no bape??
sumenye akan ditentukan oleh aku!!..
hahahaha~
tah2 aku pki DOWNLOADER je nnti..
mane mampu nk beli tiket...
kene mntak org belanja cmnih..
okehhh~
membebel care yg berhemah takat sini saje okehhh...
moh pakat tengok~

*sape nk belanja aku sile PM di pesbuk ok..hahahaha~


~Jihad is our way,Syahid is our dreams..Thats our destiny ♥ ISLAM~

No comments:

Post a Comment