
hamboinyeeee~gambar xmenahan...hohoho~ tgok lak title atas tuh...nie klu 'incik sy' bace...kompem die mintak cerai..ahahahahah~xmoh3..xelok tuk kesihatan ye awk...
okeh cmnih...td ade seorang membe mengadu bout seseorang yg dirasekan menyukainya...dri sudut pandangan mate aku nehh..memg org 2 cm admire kt mmbe aku neh..tp membe aku neh da ade kekasih ati...huahuahua..dan org yg admire die 2 semestinyelah taw die da ade kekasih..alaaa~kire cm membe2 aku gak la si admire neh...
pastu..
membe aku neh cm resah gelisah...aku tanyela...ko suke ke die 2???die kate xsuke..sbb die syg sgt kt kekasih die 2..so,aku paham sgt la ape yg ko rase...lgpun ko ckp ko suke tgok perangai si admire 2 je kn...xpelah...
aku post pasal nie sbb nk bg seket tips2 nye...
klu kite da ade kekasih yg kite cinta,sayang,rindu..tp dlm mase yg same kite tertarik dengan perwatakan seseorang 2..2 suatu yg normal kn???sape xsuke tgok seseorang 2 berpewatakan baik,sopan,pendiam...klu aku pon aku suke...tp kne ingatlah kn..2 cume 'SUKA'...bukan 'CINTA"...memanglah sebelum bercinta kite ade rase suke dulu kn???tp klu da ade kekasih???perlu ke nk cinta sorang lg???? no..no...no...jgn berkelakuan curang yer...sekali kite curang walaupun sbelum kawen..kemungkinan untuk curang selepas kawen tu ade yer...lg 1,aku ade bace 1 blog nehhh...pasal zina hati...hurmm...menarik..
so,aku share seket keh:-
Rasulullah bersabda: mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia(HR Bukhari dan Muslim,rujuk Riyadusolihin bab larangan melihat wanita)
Secara mudahnya Zina hati ini:
Zina hati ialah seseorang yang hatinya mempunyai keinginan dan berangan-angan untuk melakukan zina,tak kira lah wanita atau lelaki..
Panduan untuk mengelakkan zina hati.
1. Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jikadapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Secara mudahnya Zina hati ini:
Zina hati ialah seseorang yang hatinya mempunyai keinginan dan berangan-angan untuk melakukan zina,tak kira lah wanita atau lelaki..
Panduan untuk mengelakkan zina hati.
1. Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jikadapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
2. Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
3. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” – (Surah Yusuf, ayat 24)
4. Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
5. Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
6. Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”
7. Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan di idamkan.
No comments:
Post a Comment